4 September 2024, Melaka
Koperasi TNB telah dinobatkan sebagai Koperasi Ke-4 Terbaik di Malaysia bagi tahun 2024. Perkara ini telah diumumkan semasa Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi 2024 di Swiss-Garden Hotel, Melaka yang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Penarafan kedudukan Koperasi TNB dari tangga ke-8 pada tahun 2023 kepada tangga ke-4 bagi tahun 2024 adalah hasil komitmen dan kebersamaan Anggota Lembaga, Jawatankuasa Syariah, Jawatankuasa Audit Dalaman, Perwakilan, Warga kerja, Anggota serta pembekal dalam gerakan Koperasi TNB. Koperasi TNB akan memastikan kecemerlangan ini dikekalkan dan ditingkatkan dari masa ke semasa.
Turut hadir ke majlis ini adalah YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Encik Azizan bin Hussin, Setiausaha Koperasi TNB dan Encik Zulkefle bin Ab Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi TNB.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terus menyokong gerakan Koperasi TNB.
Sumber daripada: Unit Komunikasi Korporat Koperasi TNB