
𝐊𝐞𝐩𝐨𝐧𝐠, 𝟐𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 – Padang Bola Sepak Kiarabay Turf, White Hart Lake, Kepong telah menjadi saksi kepada perlawanan persahabatan bola sepak antara Koptown FC dan SKM-United FC.
Perlawanan ini dianjurkan dengan matlamat untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama dan ukhuwah antara Koperasi TNB dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Selain itu, aktiviti seperti ini turut memberi peluang kepada para peserta untuk meningkatkan tahap kesihatan, mengurangkan tekanan kerja, serta mengamalkan gaya hidup sihat.
Pertandingan yang berlangsung dengan penuh semangat kesukanan ini berakhir dengan keputusan tipis, di mana Koptown FC mencatat kemenangan 1-0 ke atas SKM-United FC.
#koperasitnb
#ktnbdihatiku