𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐫, 𝟐𝟎 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒

Koperasi Tenaga Nasional Berhad (Kop TNB) telah mengadakan Majlis Hi-Tea bersama Persatuan / Kesatuan / Kelab TNB di Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan memperkukuhkan kerjasama antara Koperasi TNB dan kepimpinan Persatuan/Kesatuan/Kelab di TNB.
Majlis yang dihadiri oleh lebih daripada 40 orang ini turut dihadiri oleh Pengerusi Koperasi TNB, Dato’ Haji Nor Azman bin Mufti @ Jaafar, serta wakil-wakil dari Persatuan, Kesatuan dan Kelab TNB. Para tetamu disambut dengan hidangan istimewa dan kesempatan untuk berinteraksi secara lebih santai dalam suasana mesra.
Dalam ucapan aluan, Dato’ Haji Nor Azman bin Mufti mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir serta menekankan pentingnya kerjasama yang berterusan antara Koperasi TNB dan semua Persatuan serta Kelab yang ada di TNB. Beliau turut mengingatkan bahawa hubungan yang lebih erat ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada anggota tetapi juga memperkukuhkan lagi komitmen Koperasi TNB untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada seluruh anggota.
Majlis ini juga menjadi platform untuk berkongsi maklumat terkini mengenai inisiatif Koperasi TNB, serta rancangan masa depan yang akan dilaksanakan bagi memperbaiki kebajikan anggota koperasi. Selain itu, ia memberi peluang kepada peserta untuk memberi pandangan dan cadangan bagi memperkasa lagi perkhidmatan Koperasi TNB.
Majlis Hi-Tea ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati penghargaan dan terima kasih kepada PELITAWANIS Kebangsaan, Kelab Kilat Kebangsaan, Persatuan Kebajikan Pekerja Islam (PKPI) Kebangsaan TNB, Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja TNB, Kesatuan Pegawai Perkhidmatan Sokongan TNB, Persatuan Eksekutif TNB, Persatuan Pegawai-Pegawai Eksekutif TNB dan Kelab Kilat Bikerz. . Semua yang hadir meluahkan rasa terima kasih dan berpuas hati dengan peluang yang diberikan untuk bertemu dan berhubung dalam suasana yang lebih santai.
#koperasitnb
#ktnbdihatiku
#koptnb73tahun







