Buletin

Kunjungan Hormat daripada YAPIEM Holdings dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

𝟏𝟕 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓

Minggu lepas adalah minggu yang bermakna dan produktif bagi Koperasi TNB kerana menerima kunjungan hormat daripada YAPIEM Holdings dan mengadakan sesi perjumpaan bersama Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan.

Koperasi TNB telah menerima kunjungan hormat daripada barisan Pengurusan YAPIEM Holdings pada Selasa, 7 Januari 2025. Delegasi YAPIEM Holdings yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Irwan A Rahman dan telah disambut oleh Anggota Lembaga Koperasi TNB, Datin Nurulhayati binti Annual. Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak telah berkongsi pandangan tentang peluang kolaborasi perniagaan sama ada berkaitan produk atau perkhidmatan.

Pada 8 Januari 2025 pula, Koperasi TNB telah mengadakan kunjungan bertemu dengan Pengarah SKM Cawangan Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Fadhilah bin Salim. Delegasi Koperasi TNB yang diketuai oleh Setiausaha, Encik Azizan bin Hussin ini merupakan salah satu usaha untuk terus memperkukuhkan hubungan di antara kedua-dua pihak. Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak membincangkan isu semasa, kerjasama dua hala dan perancangan Koperasi TNB bagi tahun 2025.

Koperasi TNB komited untuk terus bergerak maju dengan lebih efektif dan efisien sepanjang tahun 2025. Dengan fokus kepada pembangunan mampan, koperasi akan terus memperluaskan peluang, manfaat, dan faedah untuk anggotanya, sejajar dengan visi menjadi koperasi yang unggul di Malaysia.

#ktnbdihatiku

#koperasitnb