𝐏𝐨𝐤𝐨𝐤 𝐒𝐞𝐧𝐚, 𝟏𝟔 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓

Koperasi TNB telah bersama-sama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan dalam melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pasca Banjir di Mukim Derang, Pokok Sena, Kedah.
Program Ihsan Madani Gerakan Koperasi Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Suruhajaya Koperasi Malaysia Cawangan Kedah ini bertujuan bagi meringankan beban 300 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas kerana banjir di Mukim Derang ini. Program Ihsan Madani ini telah dimulakan dengan sesi Flag Off oleh YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (B), Pengerusi SKM pada 15 Januari 2025 di Bangunan Suruhajaya Koperasi Malaysia, Jalan Semantan, Kuala Lumpur.
Gerakan Koperasi Wilayah Persekutuan telah bersama-sama turun padang bagi menyantuni penduduk kampung serta menyampaikan bakul makanan kepada penerima. Selain daripada bakul sumbangan, penerima juga menerima sumbangan berupa kipas angin, toto dan bantal.
Program Ihsan Madani ini juga telah diserikan lagi dengan aktiviti gotong-royong bersama penduduk bagi menyediakan makanan kepada penduduk. Program gotong-royong ini telah diadakan di Masjid Raudatus Solihin, Kampung Derang, Pokok Sena, Kedah.
Turut hadir Puan Norlelah binti Samsuddin (Pengarah Unit Hal Ehwal Antarabangsa dan Komunikasi Korporat), Tuan Haji Fadilah bin Salim (Pengarah SKM Cawangan Wilayah Persekutuan), Puan Norzila binti Nayan (Pengarah SKM Cawangan Kedah) serta wakil daripada Gerakan Koperasi Wilayah Persekutuan.
#koperasitnb
#ktnbdihatiku
#koptnbprihatin





