Pengumuman

Kunjungan hormat ke atas YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya di pejabat beliau.

15 Ogos 2025, Kuala Lumpur

Koperasi Tenaga Nasional Berhad (Koperasi TNB) mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya di pejabat beliau.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik serta membincangkan peluang kerjasama perniagaan antara Koperasi TNB dan Kementerian Kerja Raya, di samping memperkenalkan peranan, pencapaian dan hala tuju koperasi.

Delegasi diketuai oleh Encik Azizan bin Hussin (Naib Pengerusi), bersama Encik Zulkefle bin Ab Rahim (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Encik Rino Izwan bin Mohd Eusoff (Ketua Pegawai Projek Khas).

Koperasi TNB menghargai kesudian YB Datuk Seri menerima kunjungan ini serta pandangan yang dikongsi serta komited memperkukuh kerjasama strategik demi manfaat anggota dan pembangunan ekonomi.