
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kepada perwakilan Koperasi TNB yang dihormati,
Dimaklumkan bahawa proses pemindahan server bagi sistem Koperasi TNB akan dilaksanakan seperti butiran berikut:
Mula: 18 Julai 2025 (Jumaat), 8.00 malam
Tamat: 20 Julai 2025 (Ahad), 11.59 malam
Sepanjang tempoh ini, sistem berikut tidak dapat diakses:
Web Portal iKopTNB
Proses ini merupakan sebahagian daripada usaha penaiktarafan infrastruktur ICT bagi memastikan sistem Koperasi TNB kekal stabil, selamat dan efisien untuk kegunaan semua anggota.
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul dan amat menghargai sokongan serta kerjasama anda.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Pusat Panggilan:
No. Telefon: 03 2788 9500
No. WhatsApp: 019 349 1449
Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.
Unit Komunikasi Korporat
Koperasi Tenaga Nasional Berhad