
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tuan/Puan yang dihormati,
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Koperasi Tenaga Nasional Berhad telah meluluskan agihan dividen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 seperti berikut:
- Dividen Saham: 9.5%
- Dividen Caruman: 4.5%
Selain daripada dividen tersebut, anggota yang memenuhi syarat juga akan menerima:
- Bayaran Tambahan 1% Wang Ehsan
Bayaran Wang Ehsan ini akan diberikan kepada anggota yang membuat bayaran balik pembiayaan secara konsisten tanpa culas selama 12 bulan penuh dalam tahun 2024.
Pengiraan Wang Ehsan 1% adalah berdasarkan jumlah keseluruhan bayaran balik pembiayaan bagi produk Pembiayaan Tunai, Qard, Gadaijanji, Kedai, Travel dan Takaful Motor.
Nota penting:
- Pengiraan tidak mengambil kira sebarang Potongan Tak Terlaksana (PTT) atau penangguhan bayaran ansuran sepanjang tahun tersebut.
- Untuk makluman, 1% Wang Ehsan ini adalah sebahagian daripada caj keuntungan sebanyak 5.9% yang dikenakan ke atas pembiayaan yang diambil.
Sekian, harap maklum.
Setiausaha
Koperasi TNB